♬ALyna's Diaries♬: kesan memakai BRA dan SELUAR DALAM semasa tidur

Entry Me Love Family Friends Post


  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
07:03 | 0 Cloud(s)
kesan memakai BRA dan SELUAR DALAM semasa tidur



"Melepaskan pakaian dalam" bukan bermaksud perlu tidur "bogel" , tidak , ia satu tindakan sangat bahaya , jika terkena gigit lipan atau atau nyamuk di tempat yang sensitif itu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari . "Melepaskan pakaian dalam" bermaksud tidak perlu memakai seluar dalam , bra dan apa-apa lagi yang sewaktu denganya . Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelekat/kain batik , tanpa pakaian dalam .

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi(pengeluaran racun dari tubuh) . Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya .

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam , proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat . Jadi andalah yang rugi .

Oleh itu , sebaiknya ketika tidur anda digalakan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau melepaskan pakaian dalam anda ketika tidur , sehingga dapat mempercepatkan dan memperlancarkan kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun .

Bagi wanita ,  sebaiknya tidak menggunakan bra ketika tidur . Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya "Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras" , menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari . Ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu , sila hindari dari memakai bra , ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara .

"Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur . Jangan tidur dengan bra ," kata Sydney Singer , seperti yang tersiar dalam chetday pada 09/03/2011 .

Menurut Sidner Singer , menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin(hormon yang berfungsi meransang kelenjar air susu) yang lebih tinggi . Hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara .

Selain itu , terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra telalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara .

Sedangkan bagi lelaki , mengikut Soma Grismaijer , sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan memakai langsung seluar dalam ketika tidur . Ini untuk memberi kesempatan bagi testis(buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik .

Mengikut kajian itu , alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang . Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu disekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul . Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuhnya yang lain . Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F(36.67 darjah C) , akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya!!apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma , tanpa zuriat untuk diwariskan??

Selain itu , tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh . Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara dikulit dan menganggu pengeluaran peluh , terutamanya di bahagian intim baik pada wanita mahupun lelaki .

0 Comments:


Post a Comment