♬ALyna's Diaries♬: Penyesalan

Entry Me Love Family Friends Post



  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
01:04 | 0 Cloud(s)
Penyesalan




Hancurnya hati lyna bila Syafie ucapkan kata putus pada relationship kami. Lyna terlalu sayangkan hubungan kami, walaupun Lyna tahu Lyna yang bersalah dalam semua masalah ni. Lyna tak tahu la kenapa Lyna sangatlah bodoh untuk berlaku curang pada Syafie, dia terlalu baik dan cukup sempurna untuk Lyna. Kenapa Lyna masih lagi tak dapat move on dengan masa silam. Disebabkan masa silam yang menghantui Lyna, Lyna takut untuk menjadi seorang gadis yang baik, jujur dan setia. Lyna jadi kejam dengan diri sendiri dan orang sekeliling dalam diam. Lyna terlalu takut dengan harapan tinggi yang diberikan oleh lelaki yang baik untuk menikahi Lyna. Lyna pernah merasakan dua kali berturut kata janji untuk kahwin dengan Lyna tapi dua2 adalah sia2. Lyna terlalu takut perkara yang sama berulang kembali. Jadi bila Syafie janji dengan Lyna, Lyna sering teringat cerita lama dan Lyna jadi kejam kembali, Lyna curang dengan Syafie, Lyna cari pengganti supaya Lyna takkan sunyi kalau Syafie tinggalkan Lyna. Tapi Lyna salah, sebenarnya takda guna untuk Lyna buat macam tu sebab Lyna tetap rasa sunyi, sakit hati, hancur dan kecewa walaupun Lyna cari yang orang lain untuk hilangkan rasa seksa, Lyna tetap rasa seksa yang mendalam sebab Lyna hanya sayangkan Syafie seorang. Bila jadi macam ini baru Lyna sedar apa yang Lyna buat semua sia2 dan tak mendatangkan hasil apa2 pada Lyna. Lyna dah buang Hafiz dalam hidup Lyna, dan Syafie pun dah buang Lyna dari hidupnya. Lyna terlalu sedih sebab bukan ini yang Lyna harapkan. Lyna really hope Syafie masih lagi ada rasa sayang pada Lyna dan akan maafkan Lyna oneday. Lyna akan berubah dan takkan lagi berlaku kejam pada diri sendiri dan orang yang Lyna sayang. Lyna tak kesah ianya memakan masa berapa lama pun, Lyna xkan putus asa untuk cari dia dan kembalikan kepercayaannya pada Lyna.

I  REALLY LOVE YOU & ALWAYS LOVE YOU FOREVER.

LYNA MENYESAL!!

0 Comments:


Post a Comment