♬ALyna's Diaries♬: Airmata Alyna

Entry Me Love Family Friends Post



  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
22:25 | 0 Cloud(s)
Airmata Alyna



Lyna terlalu letih dengan semua ni, hari2 Lyna akan menangis bila teringatkan Syafie. Lyna sangat sayangkan dia. Lyna tak tahulah samada Lyna akan mendapat kemaafan darinya atau tidak. Tapi Lyna still takkan putus asa untuk pujuk dia hari2. Mungkin akan makan masa yang lama untuk Syafie maafkan Lyna or mungkin dia takkan maafkan Lyna langsung. Disebalik kemaafan, Lyna juga harapkan agar hubungan kami bersatu kembali. Terlalu jauh dalam sudut hati Lyna, Lyna sangat memerlukan dia dalam hidup Lyna. Andai Lyna mendapat peluang darinya untuk kali kedua, takkan Lyna siakan. Hanya dia yang akan menjadi penawar dalam hati Lyna. Dalam beberapa hari yang Lyna lalui tanpanya adalah sukar, Lyna tak dapat tidur dengan lena sebab hari2 Lyna akan bermimpi yang dia balas mesej Lyna, harapan itu terlalu tinggi sampai terbawa2 dalam tidur Lyna. Lyna akan terjaga setiap kali ada bunyi mesej darinya, tapi bila lyna terjaga dan tengok phone, rupanya kosong dan tiada langsung mesej masuk. 

Makan?hmmm.....semenjak dari hari kejadian kami gaduh, Lyna langsung tak sentuh nasi, Lyna makan terlalu sikit sebab Lyna takda selera langsung untuk makan, Lyna makan terlalu sikit, kadang Lyna hanya makan buah dan kadang Lyna tak makan langsung. Berat Lyna dari 50kg turun jadi 47kg dalam masa 4 hari saja. Semua kawan2 risau dengan keadaan Lyna yang tak makan dan bermuram duka. Lyna takda semangat langsung untuk buat apa2 tapi Lyna terpaksa juga hadir ke kelas untuk tanda kehadiran dan buat assignment. Kalau boleh Lyna nak terperuk saja dalam bilik sebab bila Lyna di luar, Lyna akan teringatkan semua kenangan kami. Lyna jadi sebak dan rasa nak menangis, tapi Lyna terpaksa tahan sebab Lyna xnak orang nampak. Peritnya rasa yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata2. Lyna tak dapat nak luahkan pada siapa2 walaupun kawan2 ada tanya dan dapat agak apa yang jadi pada Lyna tapi Lyna tak dapat nak ceritakan apa2, Lyna terpaksa pendam semua yang Lyna rasa, Lyna hanya dapat meluahkan disini yang tiada siapa2 dapat dengar dan memberikan kata dorongan atau semangat.

Bie !!
PLEASE FORGIVE ME AND GIVE ME A LAST CHANCE

0 Comments:


Post a Comment