♬ALyna's Diaries♬: Isi hati di malam hari

Entry Me Love Family Friends Post



  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
10:52 | 0 Cloud(s)
Isi hati di malam hari



Terasa sangat pilu dan sayu bila merindukannya, mengingatinya dan memikir tentangnya. Kenapa Lyna terasa jauhhhhh sangat dengannya?? Lyna tak suka jika perasaan seperti ini kembali. Satu perasaan untuk menanti, menunggu dan berharap. Lyna takut ianya akan sia2. Lyna rasa fobia bila terfikir cerita lama. 

Dulu Azri selalu buat Lyna tertunggu2, jarang text Lyna, jarang call, sebulan boleh dikira dengan jari. Bila Lyna masuk UMS, laangsung call pun tak pernah. kalau text bertuah la kalau dia balas, kadang seen je, semua alasannya dia busy and tak sempat reply. sampai 1 tahap Lyna fedup dengan lelaki yang bagi harapan palsu. 

Sebab tu Lyna selalu berfikir bukan2 jika Syafie tak text or call Lyna. Sedihnya Lyna rasa. Lyna tau tak patut untuk samakan Azri dengan Syafie, tak mungkin dia akan curang dengan Lyna. tapi Lyna takut kalau2 dia dah bosan dengan Lyna yang bermacam ragam, karenah, kuat emotional, suka touching and kuat nangis. sepanjang cuti ni, dia jarang text Lyna apatah lagi call, even Lyna call ta pernah dapat or dia tak angkat. Lyna kadang rasa nak marah, tapi Lyna tak nak bergaduh.hmmmm

Lyna harapkan dia selalu share masa cuti dia dengan Lyna, tapi kalau dia macam chipsmore, Lyna tak tahu apa2 melainkan kalau Lyna tanya, itupun makan masa untuk dia reply. Dia tak ingat Lyna ke? tak tanya khabar apa2 pon. Lyna sehat ke?buat apa ke?tak ambil peduli langsung. Dala jauh then jarang contact, tau tak Lyna rasa apa sekarang?? SEDIH+RINDU. Lyna rasa macam diabaikan. 

Kenapa sebelum ni dia boleh text Lyna after dia bangun tidur or before tidur and sekarang tidak? Kenapa masa cuti dia lagi busy dari masa ada kuliah?  Kenapa before this dia boleh ambil tahu semua pasal Lyna and sekarang tidak? Lyna harapkan masa cuti ni dia lagi banyak masa free, tapi harapan tu macam palsu tak seperti apa yang Lyna harapkan. Lyna tak tahu la kenapa Lyna pertikaikan ni semua. Lyna tak da jawapan untuk kesemua soalan yang bermain dalam minda.

Lyna tau ni adalah masa cuti Lyna untuk spendtime dengan family, tapi Lyna juga ada masa untuk diri Lyna bila mak abah busy or adik2 sekolah. Lyna rindukan Syafie. Lyna penat untuk berfikir setiap hari. Lyna kalau boleh nak tidur dengan tenang and happy, tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Hmmm. Tabahla duhai hati.


0 Comments:


Post a Comment