♬ALyna's Diaries♬: SEDIH DI MALAM RAYA

Entry Me Love Family Friends Post


  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
09:40 | 0 Cloud(s)
SEDIH DI MALAM RAYA

7.30 malam,waktu berbuka.

         Kesemua isi rumah sedang sibuk-sibuk mengemas untuk pulang ke kampung,kecuali ayah yang keletihan kerana baru pulang dari kerja.Tapi,sibapa telah membuat keputusan yang salah kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan ibu.Ayah telah memberitahu satu perkara kepada adik yang keempat,Aril terlebih dahulu tanpa memberitahu kepada ibu.

Ayah : Aril cakap dengan semua ye jangan kemas-kemas sangat sebab kita tak jadi balik kampung tahun ni.
Aril : oke ayah,nanti Aril beritahu ibu.

8.45 malam

        Tidak lama kemudian adik berasa mengantuk dan terlupa untuk memberitahu adik beradik yang lain termasuk ibu bahawa pada malam itu tidak jadi pulang kekampung.Aril pun terlena dengan nyenyaknya di dalam biliknya.Ibu dan adik beradik yang lain sedang sibuk-sibuk mengemas pakaian untuk pulang kekampung.Abang telah bertungkus-lumus memasukan kesemua beg yang ada ke dalam bonet kereta.

9.23 malam

        Tidak lama kemudian,makcik telah menelefon ibu kerana ingin menumpangkan anaknya untuk pulang beraya kekampung bersama-sama.

Makcik : Jah boleh aku tumpangkan anak aku,Khai ,balik kampung dengan kau sebab anak aku kerje lagi hari ni.aku dah balik awal-awal,rumah kampung tak ade siapa nak bersihkan.lagi pun mak(nenek) tidak sehat.Nanti aku suruh anak aku datang rumah kau.Bolehkan?
Ibu : Boleh saja.Tidak mengapa.lagi pun kereta tak la penuh sangat.Pandai-pandai la diaorang berhimpit-himpit sedikit.

10.26 malam

          Satu jam kemudian,abang sepupu,Khai pun sampai.Mak membenarkan Khai untuk masuk ke dalam rumah dan juga mengizinkan Khai untuk tidur sementara waktu sambil menunggu ayah yang sedang tidur nyenyak di dalam bilik akibat keletihan.

         Pada waktu itu,kesemua barang telah siap dikemas,rumah juga sudah dibersihkan.Ibu menyuruh anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung.

11.01 malam

        Pada waktu itu,ayah pun bangun.Tiba-tiba,dia memarahi adik.Semua terkejut apabila mendengar ayah memarahi adik.

Ayah : Kenapa Aril tak beritahu ibu yang kita tak jadi balik kampung?ayah cakap dengan Aril suruh beritahu ibu tapi Aril pergi tidur tanpa rasa bersalah pun.Ayah sudah beri tanggungjawab pada Aril,Aril mestilah laksanakan tanggungjawab itu.Di sekolah, Aril sebagai pengawas, pandai pulak laksanakan tanggungjawab yang cikgu berikan!tapi di rumah,apa yang ayah suruh Aril buat, Aril tak buat pun.
Aril : Aril tertidurlah ayah, Aril bukan sengaja.

         Ibu sangat-sangatlah terkejut apabila ayah menengking adik.Kemudian,ibu bertanya kepada ayah tetapi ayah memarahi ibu semula,ibu berasa sedih dan tidak mempunyai keinginan untuk pulang kekampung juga,akan tetapi,disebabkan ada abang sepupu,Khai yang sudah sampai dan ingin pulang kekampung bersama-sama,maka keinginan itu terus dibatalkan.

Ibu : Kenapa tidak jadi pulang kekampung?Kenapa perlu memarahi anak awak sampai macam itu sekali?Kalau rasa tak nak pulang kekampung,kenapa tak cakap dari awal?cakap terus terang dengan saya.Saya sebagai isteri awak mempunyai tanggungjawab juga untuk menguruskan rumah tangga.Lagi satu,kenapa awak membuat keputusan tanpa berbincang dengan saya?awak membuat keputusan melulu.
Ayah : Dah!awak tak payah la nak berleter lagi.Saya dah rasa rimas dah.Dah la!cepat je siap nak balik,lagipun dah ada Khai.Kalau Khai tiada memang saya tidak mempunyai keinginan untuk balik kampung.

           Nasib baik pada ketika itu Khai sedang tidur dan tidak mendengar serta tidak mengetahui apa yang telah berlaku.Elina sebagai kakak dan Arif sebagai abang berasa marah dengan ayah dan berkeinginan untuk bersemuka dengan ayah  bagi bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku itu.

Arif : El ,mari kita bincang dengan ayah!
Elina : Oke,tapi abang yang mula dulu.
Arif : tak ada ,masalah.Kau nak ke tengok ayah dan ibu itu bergaduh?mesti kau tak nakkan?dah la esok raya.Sedih tau kalau raya-raya macam itu.Abang tak nak la jadi macam itu.
Elina : El pun tak nak juga perkara tu terjadi.El sedih sangat tengok ibu macam itu.El memang tak nampak ibu menangis tapi El tahu hati ibu memang sangat sedih dan El tahu yang ibu juga nak menangis tapi ibu tak berdaya untuk mengeluarkan air matanya kerana ibu tak nak anak-anaknya melihat dia menangis.Jadi dia menanggung kesedihan itu seorang diri.

            Tetapi hasrat dan keinginan untuk bercakap dengan ayah terbatal kerana ibu menghalang kami untuk berbuat demikian.

Ibu : jangan cakap apa-apa!ibu tak mahu perkara ini bertambah melarat lagi.
Arif : baik ibu.

12.30 pagi


          Semuanya pun berangkat untuk balik pulang ke kampung.Elina sebagai seorang kakak masih lagi tidak berpuas hati dan menangis seorang diri di bahagian kerusi yang belakang kerana sedih apabila mengenangkan kejadian pada malam sebelum raya.


3.47 pagi


          Sampailak ke kampung.Semunye naik ke atas rumah nenek tanpa seorang pun yang membunyikan suara dan terus menyambung tidur.

6.06 pagi

         Sepupu-sepupu,makcik,pakcik, dan nenek ada yang sudah bangun dari tidur.Pada ketika itu,pasangan suami isteri ini masih lagi tidak bercakap antara satu sama lain.Anak-anak mereka sangatlah sedih dan sayu melihat keadaan itu.


7.23 pagi


         Semua kaum laki telah bergerak ke masjid termasuk ayah.Manakala kaum wanita pula tiba giliran mereka untuk bersiap-siap.

8.56 pagi


         Kaum laki ramai yang telah pulang dan kaum wanita juga sudah ramai yang bersiap cantik-cantik untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.Pada waktu itulah keluarga ini berkumpul untuk memintak maaf antara satu sama lain di atas semua perkara yang terjadi.

0 Comments:


Post a Comment