♬ALyna's Diaries♬: Bersabar dalam menjalani Masalah

Entry Me Love Family Friends Post


  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
22:05 | 0 Cloud(s)
Bersabar dalam menjalani Masalah



Masalah??semua orang ada masalah kan??mana lah wujud kat dunia ni orang yang langsung tiada masalah..yang wujud hanyalah orang yang pandai menyelesaikan masalahnya atau orang yang lari dari masalah..tidak kira la masalh tu kecil ataupon besar..jika masalah itu kecil jangan la diperbesarkan dan jika masalah itu besar jangan lah dirumitkan..

Memang kadang-kadang orang cakap "ko mana tau,bukan ko yang rasa"...ya memang betul..tapi sekurangnya jika masalah itu kita rasa memang tiada jalan penyelesaian,lebih elok la dengan cara meluahkan kerana bila kita meluahkan pada seseorang hati kita akan mengurangkan sedikit beban walaupon sedikit.Dengan cara meluahkan masalah itu sebenarnya dapat mengeratkan lagi perhubungan kerana dengan cara meluah,sebelah pihak akan merasakan dihargai dan penting ketika saat susah dan senang.


Sememangnya terdapat juga sesetengah orang yang lebih suka mendiamkan dirinya ketika menghadapi masalah,sebenarnya cara itu tidaklah digalakkan kerana masalah itu kemungkinan boleh berpanjangan dan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kemurungan atau stress walaupon tidak kritis,secara tidak langsung telah menyebabkan orang disekelilingnya merasa risau dengan keadaanya.


Kadang kala orang yang sedang mengalami masalah ini hatinya mudah tersentuh,mereka akan cepat sensitif jika ada yang tidak kena dengan sekeliling mereka.Apabila telah wujudnya perasaan sedemikian maka dia telah menyebabkan orang disekeliling berasa takut dengan keadaannya dan takut untuk menegurnya selagi dia tidak pulih dari keadaan itu.Orang seperti ini kadang kala akan berfikir bahawa orang disekelilingnya tidak mengambil berat dengan keadaannya tetapi perkara sebenar adalah sebaliknya,orang sekeliling sebenarnya mengambil berat akan tetapi takut untuk menegurnya kerana takut akan disangka menyibuk dan mereka akan berdiam diri dan menunggu sehingga dia sendiri yang akan bercerita apabila dia telah bersedia.


Jadi jika kita mengalami masalah tidak kiralah masalah itu kecil atau pun besar ,sekurangnya kita berceritalah pada seseorang yang kita percaya hanya sekadar untuk berkongsi dan mengurangkan sedikit bebanan yang tersemat di dalam jiwa.Kemungkinan dengan cara berkongsi itu kita mungkin boleh mendapatkan penyelesaian masalah atau pun kita boleh mendapatkan nasihat dari sebelah pihak.Jadi jika kita mengalami masalah sentiasalah bersabar dan banyakkanlah berdoa kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang tebaik untuk hambanya..



SELALULAH TEGUH DAN BERSABAR



Nabi kita Muhammad –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا ، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
” Tidaklah seorang muslim ditimpa suatu masalah atau penyakit (yang terus menimpa), kekuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”
( HR. Bukhari no. 5641)

Pesan Rasulullah ini mengingatkan kita bahawa masalah yang di lalui dengan kesabaran akan menggugurkan dosa dosa satu demi satu.
Maka janganlah terlalu bersedih sehingga kesabaran menjadi hilang …


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada jalan penyelesaiannya.” 
(QS. Alam Nasyroh: 5)
Jalanilah kehidupan dengan tenang, kerana disebalik kesulitan selalu ada kemudahan yang amat banyak.fahamilah pula bahawa mustahillah satu kesulitan dapat mengalahkan dua kemudahan. Kerananya tidak perlu bersedih sehingga kesabaran menjadi hilang….


وَأَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ
“Sesungguhnya pertolongan akan datang bersama kesabaran”
( HR. Ahmad 1/307, shahih)
Bagi orang yang bertaqwa tersedia jalan keluar yang sangat banyak dalam menghadapi kesulitan kesulitannya. Pertolongan akan sangat mudah datang jika seseorang itu bersabar. Kerananya tidak perlu bersedih tetapi bersabarlah selalu … 
Jagalah hati, lisan dan anggota badan agar jangan berkeluh kesah.
Redhalah dengan takdir ilahi dan bersabar serta teguhlah meraih pertolongan.


Musibah akan menjadikan diri lebih dewasa dan semakin meninggikan darjat di sisi Allah. Musibah adalah suasana yang bermakna ujian iman seseorang sehingga sentiasa mendekatkan diri kepada Khalik dengan harapan sepenuh hati semoga Allah menjadikan badai cepat berlalu.Moga Allah menjadikan diri kita menjadi orang yang bersabar.
Amin …

0 Comments:


Post a Comment