Entry Me Love Family Friends Post |
owner
Contact Me
History
|
12:44 | 0 Cloud(s)
Ciri – Ciri Lelaki Yang Meluatkan
Meninggikan Suara
Tahulah mereka
dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah
meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak
boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan
nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot
dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan
melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka. Haa macam mana tu?
Cemburu Buta
Orang kata cemburu
tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu,
tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut
kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua
perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga
sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman
lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak
nak layan kadang-kadang!
Panas Baran
Aduiii… masalah yang
boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang
panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga
kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.
Setakat kena tengking
boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah
berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan
kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya,
cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah
bercintalah cik abang oiii!!!
Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum
lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau
dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan
duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap
yang tidak menyehatkan.
Kalau asap tu membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada
orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia
sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak
teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
Ego
Ini merupakan masalah
paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat
dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk
mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan
lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum
wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Menipu
Masalah yang ketara
apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah.
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah
yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji
mereka sendiri.
Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum
wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat
menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis
akan menjauhi anda.
Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni
masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia.
Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan
kekasihnya.
Suka ‘Cuci Mata’
Kebanyakan lelaki sukar
mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi
mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia
tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi
hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
Perasan Terlebih
Aduhaiii…lelaki ini
cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan
menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang
menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita
mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.
Bukan semua wanita
memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang
lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!
Mementingkan Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat
yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan
ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.
Mereka juga suka
mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan
kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
diguna pakai tau.
Kurang Memberikan Perhatian
Lelaki kadangkala suka
bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua
urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula
melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang
mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita
sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar
pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang
wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga
lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak
kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik
diterima dek akal fikiran.
Kalau kisah perempuan
mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan…
apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
Terlalu Komited Dengan
Kerjaya
Susah kalau dapat teman
lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi
banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula
bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama
teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan
lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
Pengotor
Ada segelintir lelaki
sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau
membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai
baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi
sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini
terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki
yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki
ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka
makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh
juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah
makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
Pentingkan Kawan-kawan
Sendiri Saja
Sanggup membatalkan
temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama
kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.
Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita
tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa
guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.
Kalau dah memilih si dia
sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi
takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Sebenarnya banyak kes
pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi
para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini
ya.
Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu
lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula
yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka
seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka
ini.
Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang
menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi
hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba
berbuat sesuatu untuk anda.
Putar Belit
Lelaki ni ramai yang
pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang
bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai
alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.
Sekiranya anda
benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku
kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu
hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.
Terlalu Kontrol Macho
Perrghh! Nak dikatakan
macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu
lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu
menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.
Tak perlulah nak merasakan
diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap
anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut
anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
|
0 Comments:
Post a Comment