♬ALyna's Diaries♬: tips final exam

Entry Me Love Family Friends Post


  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
20:35 | 0 Cloud(s)
tips final exam


Hari ni student UPSI-Diploma Sains(Math) bakal menghadapi peperiksaan akhir semester.Semuanya sudah bersedia untuk mengahadapi ujian yang penuh cabaran ini.
Bersempena dengan final exam, nak kongsi sikit tips menghadapi exam.  Tapi ni bukan amek daripada pakar motivasi tapi hanya apa yang saya sendiri lakukan sepanjang bergelar pelajar sekolah dan universiti.  Setiap orang ada cara masing-masing.  Cuma manalah tahu cara kita serupa ye tak?
Persediaan Fizikal / Intelektual
1. Mula belek-belek buku masa start studi week.
Jujur saya katakan, amat jarang saya mengulangkaji pelajaran melainkan bila nak test atau bila perlu siapkan tutorial / assignment.  Kalau ditakdirkan takde bende alah tadi memang tak stadi la.
Kebiasaannya bila nak habis study week baru orang nak start study.Sama la macam saya. Bila tengok nota balik macam tak pernah belajar je.  Tapi sebenarnya dah lupa.Jadi sebab itulah kena mulakan sejak awal.  Sehari minimum lebih kurang 4 jam diperuntukkan untuk study.  Mana yang otai dan cepat pick up tu, belajar dua hari sebelum exam pun takpe.
2. Tidur awal
Nak kata awal pun tak juga.  Adela dalam pukul 11 atau 12 malam.  Tujuannya untuk bangun awal keesokan harinya.  Bangun awal boleh stadi awal sikit.  Kalau esok exam malam tidur lambat memang ting-tong la pagi esok.  Saya tak berapa suka memaksa diri untuk tak tidur semata-mata nak study tengah malam sebab bila dah menguap komfem belajar tak masuk.  Lebih baik tidur.   Masa diploma dulu, kalau tak sempat study pun akan tidur macam biasa jugak.
image
Persediaan Mental / Rohani
1. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta
Jangan terkejut jika ada yang sampai terlepas waktu solat kerana ulangkaji.  Terlalu leka sampai ‘terlupa’.  Patutnya lagi dekat dengan exam lagi rajin kita menambah ibadat.  Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan pendekatan masing-masing untuk melaksanakannya.  Korang lagi hebat benda-benda macam ni.   Mungkin yang muslimin boleh kerap ke surau untuk solat berjemaah.  Berdoalah kepadaNya selepas kita puas berusaha dan Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya.
Tapi harus diingat, kita bukan sembah Allah ketika susah, nak sesuatu atau bila nak pekse.  Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat.  Jika ada perangai macam tu dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak.  Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan tersebut amalan yang bukan bermusim.
2.  Relakskan diri
Manusia bukan robot untuk belajar tanpa henti.  Bila sejam dah study (selalunya suka hati), saya akan bukak internet.  Baca fb, blogwalking sambil mengomen atau update blog sendiri ataupon bertwitter.  Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres dalam kepala ni.  Sharing is Caring beb!
Masing-masing ada cara tersendiri untuk mempersiapkan diri dalam mengahadapi exam.  Pakar motivasi yang bagi tips pun hanya mampu memberi panduan sahaja dan terpulang kepada diri sendiri untuk melaksanakannya.  Semua ada style sendiri.  Kalau nak ikut alhamdulillah, tak nak ikut pun takde hal punya.  Moga ianya bermanfaat.
Akhir sekali selamat berjuang diucapkan kepada semua yang akan menghadapi exam.   Semoga usaha kita dipandang Allah dan diberikan kejayaan yang setimpal dengan kepayahan yang kita hadapi.  Dalam kesempatan ini, diri ini ingin memohon maaf andainya ada kesalahan perbuatan atau kekasaran tutur kata.  Jangan lupa doakan kita semua berjaya.
Kita berada di jalan Allah dan berbanggalah kerana kita sebenarnya sedang membantu agamanya!
Jadual Exam:

0 Comments:


Post a Comment